Click here for Myspace Layouts

Friday, December 31, 2010

new year


Happy New Year


daripada dato ct:

 ~Selamat menyambut tahun baru 2011 buat semua.....


daripada saya: 
   selamat thun baru kepada teman2 blogger n semua rkyat malaysia.
   qies berharap thun ini akn mmberi sesuatu yg terbaek kepada diri qies 
   let bygone be bygone....tutup buku lama buka buku baru..hu3


☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆ ★ ☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆
 ★ ★ ★
 ☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆

HAPPY ★ NEW YEAR ☆ 2011
 ¥☆★☆★☆¥ ★☆ ☆★✾◕





Tuesday, December 28, 2010

my nephew...



aslmuailaikum......hu3...nk thu siapa bdak cute kat atas tu??
diorg tu adalah ank buah sye....comel kan ...tgkla siape paksu dia  klau bkn i yg meletop ni...he3

Monday, December 20, 2010

balqis (dato)





Nama sebenar: Shah Balqis Mat Puhat @
Mat Fuad

Tarikh Lahir: 11.07.1994

Tempat Lahir: Hospital Selama,perak

Asal: Perak Darul Ridzuan

Profession: Model,Penari & Usahwan Kosmetik

Produk: Love Balqis

Album: CTSB (Canda,Tangis,Senyum,Bahagia)


......hu3........


at melaka with my frend...

buaya ni asyik tdo jerr....PEMALAS!!!!!!!....
hu3



cntik x????


                                                      
                                                           mse nie i kt dlm bilik karaoke









 hu!!!!smart....
 twins ct..hu3
                                 not bad la...           














         this picture very nice, i like it..hu3     




                           

              




hu3........
                                

                                         like a model.........hu3
                                                        malaysian next top model
                                                                u wanna be on top like me..hah???



                                                              






Marry Brown..
boleh tahan la....
hu3

Thursday, December 16, 2010

SimplySiti: Rahsia 15 Tahun Dato` Siti





KUALA LUMPUR, 30 MAC 2010:  Berpandukan kajian selama 2 tahun dan diperteguhkan lagi dengan  pengalaman 15 tahun sebagai anak seni, impian penghibur tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza untuk memiliki rangkaian kosmetik dan penjagaan kecantikannya sendiri tercapai dengan pelancaran SimplySiti, di Hotel Mandarin Oriental, di sini sebentar tadi.

Ditemani suami tercinta Datuk Khalid Mohamad Jiwa dan ahli keluarga terdekat, majlis pelancaran yang dilangsungkan bagaikan sebuah persembahan hiburan, merupakan hadiah istimewa buat Siti khusus kepada peminat wanita dari pelbagai lingkungan usia yang sentiasa mementingkan keserhanaan dalam soal kecantikan wajah.

Menggunakan teknologi nano dari Korea dan dijamin halal kebersihannya (telah diiktiraf oleh Jakim), SimplySiti hadir menerusi rangkaian alat solek bermula dari gincu bibir, bedak asas, pembayang mata dan juga variasi penjagaan wajah seperti Krim Simply 5 untuk sentiasa tampak anggun dan cantik sepanjang hari bersama motto penjenamaannya, Rahsiaku kini milikmu...

Penggemar muzik pasti tertarik dengan variasi pewarna bibir dari Simply Gorgeous Lip Colour yang dinamakan dari 20 lagu paling popular Siti seperti Aku Cinta Padamu dan Kau Kekasihku.

SimplySiti boleh didapati di lebih 200 farmasi Watson di seluruh negara dengan harga minimal iaitu bermula RM29 sehingga RM69.90 bagi produk penjagaan kulit, manakala RM18.90 sehingga RM59.90 bagi produk kosmetik.

Siti Nurhaliza (Datuk)

 

NAMA SEBENAR: Siti Nurhaliza Taruddin

TARIKH LAHIR: 11 Januari 1979

TEMPAT LAHIR: Kuala Lipis, Pahang

PROFESION: Penyanyi & pelakon teater&kosmetik

STATUS: Berkahwin

ALBUM: Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Cindai, Adiwarna, Seri Balas, Shahmura, Konsert Live Siti Nurhaliza, The Best of Siti Nurhaliza, Safa, The Most Won Artist, EMAS, Prasasti Seni.

PENCAPAIAN: Antaranya - Persembahan Terbaik Bintang HMI 1996, Artis Baru Paling Popular Anugerah Muzik Popular 1996, Juara Lagu 96 Jerat Percintaan, Lagu Terbaik AIM 97, Persembahan Terbaik & Juara Kategori Balada menerusi Aku Cinta Padamu Juara Lagu 97, Penyanyi Wanita Paling Popular & Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Paling Popular 98, Juara Lagu 98 Cindai, Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album & Album Terbaik AIM 99, Bintang Paling Popular 99,Bintang Popular 2009,wanita paling popular 2009 buat kali yang ke-13.

Sah! Siti Nurhaliza Tarik Diri Dari Anugerah ABPBH




KUALA LUMPUR, 24 NOV 2010: Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang telah diadakan pada awal Julai yang lalu, penyanyi No.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang dianjurkan saban tahun oleh akhbar Berita Harian.
Namun, Jabatan Pengarang Berita Harian dan Jawatankuasa Induk ahli ABPBH seolah-olah seperti agak keberatan untuk menerima permohonan tarik diri daripada penyanyi yang popular dengan lagu Cindai itu.
Begitupun, dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang petang tadi, Siti Nurhaliza telah mengesahkan bahawa dia sememangnya akan tetap berpegang kepada keputusannya untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan yang berasaskan populariti hasil undian daripada pembaca setia akhbar Berita Harian tersebut.
"Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti.
"Alhamdulillah, mereka nampaknya faham apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur.
"Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong," katanya sewaktu diwawancara murai.com.my petang tadi.

SimplySiti Muncul Dengan Gincu Rona Merah!

 

KUALA LUMPUR, 1 OKT 2010: Biarpun Dato Siti Nurhaliza baru saja memperkenalkan SimplySiti Gold Edition untuk edisi Aidilfitri di pasaran beberapa bulan yang lalu, namun kini penyanyi nombor satu negara itu bakal muncul pula dengan rangkaian koleksi terbaru yang dinamakan Glam Red.

Rangkaian koleksi terbaru itu telah diperkenalkan dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Dato Siti Nurhaliza bersama bersama 100 pengguna bertuah SimplySiti di Restoran Saloma Bistro, Kuala Lumpur, semalam.

Siti yang ditemui memberitahu media memberitahu, koleksi terbaru yang diperkenalkan itu adalah atas permintaan pengguna SimplySiti.

"Bagi Siti gincu berwarna merah telah sekian lama menjadi kegemaran wanita sejak dahulu lagi. Walaupun ianya dianggap sebagai trend lama dan klasik tapi trend itu nampaknya telah kembali semula serta diminati di kalangan ramaja-remaja sekarang.

"Memandangkan koleksi SimplySiti sebelum ini belum pernah lagi mengeluarkan koleksi gincu merah, maka Siti usahakan untuk keluarkan koleksi yang terbaru ini. .Apa yang mengejutkan Siti, ramai rupanya pengguna SimplySiti sendiri yang mahukan produk kami keluar dengan gincu berwarna merah ini.

"Lagipun ia merupakan kesinambungan kepada koleksi Gold Edition yang dikeluarkan SimplySiti sebelum Ramadan lalu. Ternyata ia turut mendapat sambutan yang menggalakkan kerana ianya merupakan edisi terhad kami dan hingga kini, ia masih boleh didapati di semua cawangan ," kata Siti yang memakai gincu merah daripada koleksi terbarunya , Destinasi Cinta 1.

Selain memperkenalkan rangkaian kosmetik terbarunya, majlis pada petang itu juga diadakan dengan cukup meriah sekali dengan aktiviti-aktiviti ramah mesra bersama peminatnya. Siti yang mengenakan rekaan kaftan merah dari pereka terkenal Rizman Ruzaini itu ternyata nampak begitu gembira sekali dengan sambutan majlis yang diadakan pada petang itu.

"Sebenarnya 100 orang yang hadir pada petang ini adalah pengguna SimplySiti yang bertuah serta yang terpilih dalam peraduan yang kami anjurkan pada bulan Ramadan yang lalu.

"Jadi Siti gembira sangat kerana dapat meraikan majlis ini bersama pengguna-pengguna produk SimplySiti yang setia pada petang ini dan lebih meriah apabila semuanya mengenakan pakaian bertema warna merah," katanya sambil tersenyum girang.

Majlis yang bertemakan Glam Red Raya itu turut digamatkan dengan kehadiran Fara Fauzana dan Kieran yang bertindak sebagai pasangan hos. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan istimewa dari Ezlynn, Shahir AF8, Aizat, Saedah juga Saerah serta diakhiri dengan persembahan memukau dari Dato'Siti sendiri.

Koleksi SimplySiti Glam Red yang dijangka akan menemui pasaran pada bulan hadapan itu menampilkan lima jenis gincu berwarna merah yang diberi nama Destinasi Cinta 1 dan 2 serta Debaran Cinta 1,2 dan 3