Click here for Myspace Layouts

Wednesday, March 2, 2011

Album Inggeris Siti Nurhaliza Diterbitkan Anak Tirinya!



Noryn Aziz Pohon Kebahagian Rumah Tangga di Mekah?


KUALA LUMPUR, 2 MAC 2011: 
Setelah sekian lama menyulam impian untuk muncul dengan album Inggeris, akhirnya hajat hati penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza bakal terlaksana. Sudah pun merakamkan enam buah lagu, kata Siti, dia amat teruja menantikan produk Inggeris pertamanya yang bakal berada di pasaran tempatan pada pertengahan tahun ini.

"Saya dalam proses menyiapkan album sulung Inggeris. Kini, ini 6 buah lagu sudah pun dirakamkan. Tinggal 4 buah lagu saja untuk disiapkan. Berkonsepkan pop moden, album tersebut mungkin akan berada di pasaran tempatan sekitar pertengah tahun ini dan kita juga sedang mengintai pasaran luar,"katanya ketika ditemui selepas majlis sidang media Minggu Setiausaha Dato Siti Nurhaliza bersama Hotel Quality, Kuala Lumpur, semalam.

Menariknya, menerusi album Inggeris tersebut, Siti telah pun mendapatkan sentuhan dua komposer dari Australia iaitu Brian Bruno dan Cristian Alexander yang juga merupakan seorang penyanyi hip hop popular. Malah, album itu bakal diterbitkan oleh syarikat produksi What's Up Entertainment, milik anak tirinya, Adib.

"Saya bekerjasama dengan Brian dan Christian untuk album Inggeris ini. Mereka (Brian dan Christian) berdua bertindak selaku pencipta lagu dan penerbit. Cristian juga merupakan penyanyi hip hop yang cukup popular di Australia dan merupakan kenalan Adib," katanya.

Berkongsi cerita tentang kesukarannya sewaktu menjayakan rakaman untuk 6 lagu-lagu Inggeris yang sudah pun disiapkan, Siti akui sebutan adalah antara perkara yang sangat dititik beratkannya.

"Biasalah apabila kita kerja dengan orang luar pastinya ada sedikit kelainan berbanding produksi kita. Selain itu, macam biasa dari segi sebutan, saya perlu berhati-hati agar tak lari bunyinya daripada sebutan asal," katanya yang bakal menampilkan Christian sebagai penyanyi undangan dalam 2 buah lagu.

Sementara itu, pada majlis sidang media tersebut, ia turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Hotel Quality, Johan Thomas Low dan Pengurus Residen, Hidzir Abd Hamid.

Berbicara tentang persembahan minggu setiausahanya yang akan diadakan di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 5 April 2011 depan, jelas Siti, ianya nanti akan berkonsepkan nostalgia.

"Konsep persembahan minggu setiausaha saya kali ini adalah nostalgia. Memandangkan ini merupakan kali ketujuh saya mengadakan minggu setiausaha bersama pihak Hotel Quality, jadi saya mahu mengembalikan nostalgia buat para setiausaha yang pernah hadir pada minggu setiausaha saya yang lalu-lalu bersama hotel ini.
"Jadi saya akan menyanyikan lagu-lagu nostalgia saya seperti Kau Kekasihku, Aku Cinta Padamu, Cindai dan sebagainya menerusi susunan muzik baru.Malah saya juga akan menyanyikan lagu-lagu popular saya masa kini serta lagu popular daripada penyanyi yang lain.
"Pemilihan Matrade Exhibition & Convention Centre dibuat untuk memenuhi tempat yang lebih meluas buat mereka yang menempah minggu setiausaha daripada pihak Hotel Quality nanti ," ujarnya yang akan ditemani oleh Dee selaku pengacara majlis tersebut.

Tuesday, January 11, 2011

Saturday, January 8, 2011

Mahathir Puji Kebolehan Siti Nurhaliza Mengacara



KUALA LUMPUR, 6 JAN 2011: Bila lihat penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza menjadi hos dalam sebuah program bual bicara pasti ramai yang tidak percaya dengan kebolehannya kerana sebelum ini dia hanya dilihat lebih hebat menyanyi di atas pentas.
Bukan sahaja ramai yang akan berpendapat sebegitu, malah Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, 86, pun pada awalnya seakan tidak percaya dengan apa Siti lakukan itu.
Namun, akhirnya Mahathir memuji sendiri kebolehan Siti Nurhaliza ketika ditemui selepas rakaman program bual bicara yang berjudul Siti, di studio Filem Negara Malaysia, petang semalam.
"Ini pertama kali saya berjumpa dengan Siti, jika sebelum ini saya selalu dengar Siti menyanyi dan terasa ganjil pula bila saya ditemubual.
"Walaupun pertama kali menjadi pengacara, saya boleh katakan dia agak cekap dan mahir dalam persediaan menyediakan soalan. Dia juga lancar dalam berdialog, jadi saya rasa tenang ketika ditemu bual,"jelas beliau.
Program bual bicara ini bakal bersiaran di Astro Ria, jam 9 malam, bermula 12 Februari 2011. Program yang berlangsung selama sejam ini akan diterbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd.
Selain itu, Mahathir juga turut memuji program itu kerana dengan menjemputnya sebagai tetamu program itu secara tidak langsung beliau dapat berkongsi pengalaman hidup dan kejayaannya.
"Bagi saya, program ini merupakan salah satu cara untuk saya sebarkan pengalaman dan pada masa yang sama saya dapat menceritakan apa yang patut diberitahu kepada umum.
"Pendapat-pendapat yang diberikan itu mungkin berguna kepada mereka," katanya yang ingin hadir untuk menyaksikan pementasan teater muzikal Tun Mahathir yang akan berlangsung hujung Januari ini.
Sementara itu, Siti yang tidak menyangka Mahathir sudi menerima jemputannya sebagai tetamu undangan untuk program itu mengakui program tersebut telah menguji dirinya menjadi seorang pengacara yang cekap dalam menyediakan soalan-soalan berbentuk ilmiah.
"Sebelum ini memang saya tidak bersedia bila banyak produksi menawarkan saya menjadi pengacara program, tapi kini saya sudah bersedia dan bersiap sedia untuk bersaing dengan pengacara-pengacara profesional yang ada.
"Pengendalian program bual bicara ini ternyata satu pengalaman yang sangat berguna buat saya. ia agak berbeza kerjanya berbanding menjadi seorang penyanyi. Malah saya turut turun padang untuk melakukan penggambaran.
"Memang agak penat mengendalikan program ini, tapi ia ternyata berbaloi kerana pada masa yang sama juga saya turut menimba ilmu dan pengalaman," katanya yang menjadikan pengacara Hollywood popular, Oprah sebagai inspirasinya.

Hos Bual Bicara: Siti Nurhaliza Sedia Terima Kritikan



KUALA LUMPUR, 7 JAN 2011: Melakar nama sebagai seorang penyanyi tersohor negara mungkin sesuatu perkara yang mudah bagi penyanyi No.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza ini kerana seperti yang diketahui ramai dia sudah dilahirkan dengan bakat nyanyian sejak dari kecil lagi.
Namun baru-baru ini percaya atau tidak Siti telah membuat kejutan apabila muncul sebagai hos dalam sebuah program bual bicara yang berjudul, Siti yang bakal disiarkan di Astro Ria, jam 9 malam, bermula 12 Februari 2011.
Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah yang membuatkan Siti mahu mencuba cabang seni yang baru dan terasing dalam hidupnya itu? Adakah bidang pengacaraan ini merupakan satu kerjaya seni serius kini selain menyanyi?
Bagi mengetahui selanjutnya mengenai isi hati Siti menerusi bidang pengacaraan yang baru diceburinya itu. Mari ikuti temu bual murai.com.my bersama Siti Nurhaliza yang ditemui selepas dia selesai mengadakan rakaman program Siti episod 1 bersama Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di studio Filem Negara Malaysia, Rabu lalu.
MURAI: Tahniah di atas kemunculan program temubual Siti ini. Ianya satu kejutan. Adakah kejutan ini sudah lama dirancang?
SITI: Sebelum ini saya akui memang tidak bersedia bila banyak produksi menawarkan saya menjadi pengacara program, tapi kini saya sudah bersedia dan Insya Allah bersiap sedia untuk bersaing dengan pengacara-pengacara profesional yang ada. Jadi idea untuk berada dalam program ini sudah ada Cuma baru kini saya berani menampilkannya.
MURAI: Apa yang membuatkan Siti terpanggil untuk mengendalikan program temubual yang sebegini?
SITI: Mungkin dah tiba masanya Siti mencuba satu cabang seni yang lain serta mencabar diri saya. Mengendalikan program temu bual seperti ini merupakan fasa baru buat saya sebagai seorang pengacara. Saya harap dapat buat yang terbaik dan tidak mengecewakan penonton serta peminat di luar sana
MURAI:Adakah Siti mahu jadi another Aznil Hj Nawawi atau pun Oprah Winfrey?
SITI:Siapalah saya jika hendak dikatakan begitu. Sebenarnya, bukanlah nak gantikan atau hendak meniru sesiapa tetapi saya akui pengacara Hollywood popular, Oprah Winfrey adalah idola saya sejak dulu lagi dalam bidang ini dan dia juga inspirasi serta menjadi panduan untuk saya menjadi pengacara yang berjaya.
MURAI: Apakah konsep di sebalik temubual ini kerana ianya turut melibatkan tokoh negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.
SITI:Program ini bukan sekadar hiburan semata-mata sebab itu taglinenya adalah Hiburan Dan Inspirasi. Dalam program ini juga turut menjemput tetamu dari ahli perniagaan serta tokoh-tokoh negara yang berjaya untuk menceritakan segala pengalaman mereka bagaimana jatuh naiknya kehidupan mereka sehingga mereka mampu mencapai kejayaan yang membanggakan.
Selain menemu ramah, saya juga akan meninjau dengan turun padang serta membantu orang yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan bantuan dalam segmen Sentuhan Kasih. Menariknya, dalam segmen Siti Dan Bakat Minggu Ini, ia turut mengundang tetamu yang mempunyai bakat yang unik. Antaranya, kami menjemput seorang yang pandai menggesek gergaji sehingga ia mampu mengeluarkan bunyi atau muzik yang merdu.
MURAI:Bagaimana dengan pemilihan tetamu atau panel yang diundang untuk menjayakan program ini? Siti atau pihak produksi yang melakukannya?
SITI:Sebenarnya pihak Siti dan produksi akan bersama-sama berbincang serta memberi idea masing-massing siapa tetamu atau panel yang mahu kami temu bual dalam segmen sesi temu ramah ini. Namun antara banyak-banyak tetamu, saya bangga kerana idola saya Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudi untuk bersama saya dalam menjayakan prorgam ini.
MURAI:Setakat ini bagaimana dengan perjalanan program ini. Apakah pengalaman pahit manis yang Siti kutip?
SITI:Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang boleh saya katakan mengendalikan program bual bicara ini ternyata satu pengalaman yang sangat berguna buat saya. Ia agak berbeza kerjanya berbanding menjadi seorang penyanyi. Malah, saya terpaksa turun padang untuk melakukan penggambaran. Pengalaman pahit itu tak adalah, cuma kesukarannya bila ada banyak masalah teknikal apabila membuat pengambaran menggunakan kamera High Definition (HD). Manakala kenangan manisnya pula aya boleh katakana ianya satu pengalaman yang baru dan saya sudah mula menyukainya.
MURAI: Tak mudah sebenarnya menjayakan sebuah program temubual bicara seperti ini. Adakah Siti mengakuinya?
SITI: Ya sama sekali benar. Saya rasa sangat berdebar bila mengacarakan program ini rasa debarannya sangat berbeza daripada menyanyi. Saya juga menghadapi banyak kesukarannya juga. Rasa macam nak pecah kepala kerana saya perlu menggunakan bahasa-bahasa yang sesuai ketika bercakap. Ada kalanya saya perlu formal dan ada kalanya santai. Terus-terang memang agak penat mengendalikan program seperti ini, tapi ia ternyata berbaloi kerana pada masa yang sama juga saya turut menimba ilmu dan pengalaman.
MURAI: Sebagai seorang yang tidak pernah berpengalaman menjayakan program tembual seperti ini, apakah cabaran yang Siti hadapi?
SITI: Cabaran besar saya sebenarnya komunikasi. Memang sukar untuk bertutur dnegan betul bila hati ini berasa amat gementar. Saya juga selalu tersasul dan menyebabkan rakaman terpaksa diluang semula.
Lagipun saya tak suka untuk berkomunikasi agak formal dan lebih senang jika program ini lebih santai. Jadi saya perlu jaga cara intonasi saya berkomunikasi dengan betul.
MURAI:Kejayaan program ini juga mungkin sangat bergantung kepada kecekapan Siti untuk berinteraksi dan menemubual setiap tetamu dan panel. Mungkin ia akan berjaya dan mungkin tidak. Bagaimana Siti hendak menghadapi kritikan ini?
SITI:Ya benar, walau apa pun kritikan yang diberikan kepada saya, Insya Allah saya akan hadapi dan menerimanya dengan terbuka malah saya lebih suka jika penonton di luar sana dapat memberikan kritkan membina. Lagipun saya baru dalam bidang ini, oleh itu segala kritikan itu akan saya gunakan untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.
MURAI:Apakah ini juga salah satu cara untuk Siti mengekalkan populariti Siti yang telah sedia ada di dalam industri?
SITI:Ya, saya tak nafikannya. Bukan sahaja untuk mengekalkan populariti saya malah dengan cara ini orang di luar sana serta peminat saya sedar yang saya masih lagi wujud dan berada dalam industri seni ini. Cuma cabang seninya sahaja berbeza dan lebih berkembang
MURAI:Apakah ini bidang kerjaya seni yang seterusnya yang jadi pilihan Siti?
SITI:Saya tidak fikir lagi untuk masa yang akan datang, tetapi bagi program ini saya akan teruskannya sehigga tamat 13 episod. Bagi program yang seterusnya saya serahkan kepada pihak produksi yang menentukannya. Namun saya harap bidang ini akan menjadi salah satu pilihan saya dalam kerjaya seni ini selain menyanyi.
MURAI:Bagaimana dengan komitmen terhadap kerjaya seni yang lain?
SITI:Bagi saya menyanyi tetap nombor 1 kerana saya pun bermula dan berjaya dalam bidang nyanyia. Oleh itu tak mungkin saya akan meninggalkannya atau memberhentikannya begitu sahaja. Lagipun sebelum ini saya dalam proses merakamkan album, namun ianya tertangguh seketika bila saya memberi komitmen sepenuhnya terhadap program ini. Setakat ini kami dah kumpul beberapa material untuk album dan album kali ini lebih menggunakan khidmat komposer-komposer muda seperti Noh Hujan dan Adi Sixth Sense.

Friday, December 31, 2010

new year


Happy New Year


daripada dato ct:

 ~Selamat menyambut tahun baru 2011 buat semua.....


daripada saya: 
   selamat thun baru kepada teman2 blogger n semua rkyat malaysia.
   qies berharap thun ini akn mmberi sesuatu yg terbaek kepada diri qies 
   let bygone be bygone....tutup buku lama buka buku baru..hu3


☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆ ★ ☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆
 ★ ★ ★
 ☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆

HAPPY ★ NEW YEAR ☆ 2011
 ¥☆★☆★☆¥ ★☆ ☆★✾◕





Tuesday, December 28, 2010

my nephew...



aslmuailaikum......hu3...nk thu siapa bdak cute kat atas tu??
diorg tu adalah ank buah sye....comel kan ...tgkla siape paksu dia  klau bkn i yg meletop ni...he3